
Ada ibu hamil yang mula perasan perut menjadi keras secara tiba-tiba 🤰. Keadaan ini boleh berlaku beberapa saat atau minit sebelum kembali lembut seperti biasa.
Perut mengeras ini sering berlaku kerana kontraksi latihan (Braxton Hicks), iaitu keadaan biasa ketika badan sedang bersedia untuk proses kelahiran. Ia biasanya tidak berbahaya, tetapi boleh menyebabkan ibu rasa tidak selesa terutama apabila berlaku dengan kerap.
Namun, ibu perlu peka jika perut mengeras disertai sakit yang kuat atau berlaku dalam jarak masa yang semakin rapat.
Segera dapatkan pemeriksaan jika :
• Perut mengeras dengan sakit kuat
• Berlaku pendarahan
• Keluar air dari faraj
• Rasa tidak selesa yang berterusan
Jika ragu-ragu, jangan tunggu terlalu lama. Dapatkan pemeriksaan di klinik berhampiran supaya keadaan ibu dan bayi dapat dipastikan selamat .





