BOLEHKAH TAHAP PENGLIHATAN KANAK-KANAK DIUKUR ?

โ€ข

Bagi orang dewasa, tahap penglihatan biasanya diukur dengan menggunakan Carta Snellen. Carta Snellen mengandungi huruf atau nombor pelbagai saiz.

Bagaimana pula dengan kanak-kanak? Bolehkah tahap penglihatan kanak-kanak yang belum mengenal huruf diukur? Jawapannya boleh.

Tahap penglihatan seseorang boleh diukur seawal usia bayi lagi. Namun begitu kaedah yang digunakan berbeza dengan orang dewasa.

๐‚๐š๐ซ๐š-๐œ๐š๐ซ๐š ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ซ ๐“๐š๐ก๐š๐ฉ ๐๐ž๐ง๐ ๐ฅ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐š๐ง๐š๐ค-๐ค๐š๐ง๐š๐ค

1๏ธโƒฃ Menggunakan cahaya/lampu suluh
๐Ÿ‘‰ Bayi berumur 0-3 bulan.
๐Ÿ‘‰ Cahaya lampu suluh kecil dihalakan ke mata bayi dan digerakkan beberapa kali.
๐Ÿ‘‰ Biasanya bayi akan mengelipkan mata apabila lampu disuluh dan memusingkan kepala mengikut arah lampu digerakkan.

2๏ธโƒฃ Menggunakan Objek Atau Alat Permainan
๐Ÿ‘‰ Bayi yang berumur 3-6 bulan.
๐Ÿ‘‰ Ujian ini dijalankan menggunakan objek atau alat permainan bersaiz sederhana besar.
๐Ÿ‘‰ Objek ditunjukkan kepada bayi pada jarak 40โ€“50 cm dan bayi akan melihat objek tersebut dan akan cuba untuk mencapainya.

3๏ธโƒฃ Menggunakan gula-gula manik
๐Ÿ‘‰ Bayi yang berumur 6-12 bulan.
๐Ÿ‘‰ Gula-gula ini diletakkan di atas tapak tangan pemeriksa dan ditunjukkan kepada bayi.
๐Ÿ‘‰ Bayi yang mempunyai penglihatan yang normal akan melihat gula-gula manik yang ditunjukkan dan cuba mengambilnya dari tapak tangan.

4๏ธโƒฃ Menggunakan Cardiff Acuity Card
๐Ÿ‘‰ Kanak-kanak berumur 1-3 tahun.
๐Ÿ‘‰ Kad ditunjukkan kepada kanak-kanak pada jarak 50 cm atau satu meter.
๐Ÿ‘‰ Sekiranya kanak-kanak dapat melihat gambar yang ditunjukkan, mata kanak-kanak akan memandang sama ada ke atas atau ke bawah bergantung kepada kedudukan gambar pada kad.

5๏ธโƒฃ Menggunakan Padanan Gambar/Huruf
๐Ÿ‘‰ Kanak-kanak prasekolah yang berumur 3-6 tahun.
๐Ÿ‘‰ Kanak-kanak akan diberikan satu kad yang mengandungi beberapa gambar/huruf. Pada masa yang sama, pemeriksa yang berada pada jarak 3 meter di hadapan kanak-kanak itu akan menunjukkan satu gambar/huruf.
๐Ÿ‘‰ Kanak-kanak akan menunjukkan gambar/huruf yang sepadan pada kad yang dipegang.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI

Kesihatan Am

Ibu & Anak

Kesihatan Pekerjaan

Rehabilitasi

Umum