Pemeriksaan pertama pranatal anda, dikenali sebagai “lawatan pranatal awal”, biasanya berlaku dalam tempoh 8 hingga 12 minggu pertama kehamilan.
Semasa check up kehamilan, doktor akan mengesahkan kehamilan anda, menganggarkan tarikh jangkaan bersalin dan membincangkan sejarah perubatan mommy.
Lawatan pranatal yang dicadangkan adalah :
👉 Sebelum 28 minggu – sebulan sekali
👉 28 hingga 35 minggu – setiap 2 minggu sekali
👉 36 minggu dan keatas – setiap minggu
Pemeriksaan pranatal biasanya dijadualkan teratur oleh doktor dan jururawat bagi memantau keadaan anda dan perkembangan janin di dalam kandungan.
Berikut jadual pemeriksaan ubu mengandung di klinik kerajaan yang biasa ditetapkan :
1️⃣ Trimester Pertama (Minggu 1-12)
▪️Lawatan pranatal awal sekitar 8-12 minggu (bagi mengesahkan kehamilan, menilai kesihatan, dan membincangkan sejarah perubatan)
▪️ Janji temu sususal sekitar 12 minggu (melakukan ultrasound untuk mengesahkan tarikh jangkaan bersalin dan imbasan melihat sekiranya terdapat keabnormalan kromosom)
2️⃣ Trimester Kedua (Minggu 13-28)
▪️ Check up kehamilan setiap 4-6 minggu (menjalani pemeriksaan berkala untuk memantau pertumbuhan bayi dan kesihatan ibu)
▪️Ultrasound atonomi sekitar 18-20 minggu (untuk menilai perkembangan bayi, memeriksa sebarang keabnormalan fizikal)
3️⃣ Trimester Ketiga (Minggu 29 -40+)
▪️Pemeriksaan pranatal setiap 2-3 minggu, minggu 29-36 (pemeriksaan lebih kerap untuk memantau dengan teliti kedudukan bayi, pertumbuhan dan kesihatan keseluruhan)
▪️ Janji temu mingguan selepas minggu ke 36 (pada minggu-minggu akhir, anda biasanya akan menjalani pemeriksaan pranatal setiap minggu untuk memantau perkembangan, menilai serviks untuk tanda bersalin, dan memastikan anda dan bayi bersedia untuk bersalin).