Pemeriksaan bayi baru lahir adalah ujian yang dilakukan selepas kelahiran bayi dan sebelum si comel anda diberi kelulusan untuk dibawa pulang ke rumah.
Bayi pramatang dan bayi yang menghadapi masalah semasa proses kelahiran akan diuji seminggu selepas mereka dilahirkan, atau lebih awal jika pakar perubatan menyesyaki ada penyakit atau sesuatu yang meragukan.
Pihak professional perubatan akan menghubungi ibu bapa sekiranya bayi tersebut mempunyai sebarang penyakit setelah melakukan ujian.
Tetapi sekiranya tidak menunjukkan sebarang penyakit, biasanya ibu bapa tidak akan dihubungi dan doktor akan menyediakan satu salinan keputusan ujian saringan bayi anda.
Ibu bapa biasanya disyorkan untuk membawa bayi mereka yang baru lahir ke klinik pediatrik untuk penilaian bayi baru lahir dalam tempoh tiga hingga lima hari selepas kelahiran.
Sejak itu, ibu bapa biasanya akan membuat pemeriksaan tambahan setiap beberapa minggu, terutamanya untuk tahun pertama kehidupan bayi. Kadangkala, pakar pediatrik anda mungkin meminta anda datang untuk pemeriksaan lebih kerap, bergantung pada kesihatan bayi.