
Ujian kehamilan sesuai dilakukan seminggu selepas anda terlepas haid. Atau jika anda tidak ingin menunggu seminggu selepas terlepas haid, anda boleh tunggu sekurang-kurangnya seminggu atau dua minggu selepas melakukan hubungan seks.
Untuk dapat keputusan yang lebih tepat, anda boleh buat ujian 2 minggu selepas tarikh yang sepatutnya datang haid.
Waktu paling disarankan untuk buat ujian ini adalah pada awal pagi kerana pada ketika itu kepekatan air kencing adalah sangat tinggi.
Air kencing pertama pada waktu pagi adalah yang terbaik bagi mengesan tanda awal kehamilan. Ia biasanya mengandungi kadar kepekatan human chorionic gonadotropin (hCG), iaitu hormon kehamilan yang tertinggi.
Elak dari melakukan ujian kehamilan terlalu awal, kerana keputusan yang anda perolehi berkemungkinan besar tidak tepat.
9 tanda awal yang dapat menunjukkan seorang wanita harus menjalani ujian kehamilan:
▪️ Haid lambat
▪️ Perubahan payudara
▪️ Pendarahan ringan
▪️ Kekejangan
▪️ Loya & muntah
▪️ Perubahan selera makan & mengidam
▪️ Ketidakselesaan perut
▪️ Keletihan
▪️ Perasaan & emosi sering berubah