BERDENGKUR TANDA ALAMI MASALAH SERIUS

Berdengkur ditakrifkan sebagai bernafas dengan menghasilkan bunyi keras disebabkan oleh getaran lelangit melalui mulut dan hidung yang terbuka semasa tidur.

Dianggarkan 40% penduduk dewasa mengalamai berdengkur. Namun, prevalen adalah berlainan antara populasi. Persepsi mengenai berdengkur adalah berbeza-beza mengikut individu yang menjawab soalan (samada pendengkur atau teman tidur), cara soalan itu diajukan, dan samada teman tidur pendengkur ada semasa sesi temuramah dijalankan.

Saiz badan orang yang berdengkur adalah pelbagai. Secara umumnya, masalah berdengkur meningkat apabila usia dan berat badan individu meningkat.

Masalah berdengkur sering dirujuk kepada pihak kesihatan. Kesedaran mengenai apnea (pernafasan terhenti beberapa ketika semasa tidur) yang semakin meningkat sehinggakan terdapat individu mensyaki mereka menghadapi penyakit.

Berdengkur adalah bunyi yang dihasilkan oleh struktur saluran pernafasan atas yang bergetar. Apabila tidur, ruang di belakang tekak kadang-kadang menjadi sempit.Udara yang melalui ruang sempit ini menyebabkan tisu di sekitar ruang yang sempit ini bergetar dan menghasilkan bunyi dengkur.

Punca ruangan menjadi sempit antara individu adalah berbeza. Penyempitan boleh berlaku dalam hidung, mulut atau tekak.

Berdengkur adalah tanda seseorang mempunyai masalah yang lebih serius. Orang yang berdengkur perlu diperiksa untuk memastikan bahawa dengkuran bukan tanda apnea tidur obstruktif, sindrom rintangan saluran pernafasan atas, insomnia atau gangguan tidur yang lain.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI