BERAPA HARI LEWAT PERIOD BARU BOLEH BUAT UJIAN KEHAMILAN?

Setiap pasangan yang sudah berkahwin, sudah pasti akan berasa sangat teruja dan gembira untuk mendapatkan zuriat. Justeru, setelah berhubungan dengan pasangan, sudah tentu para isteri tidak sabar untuk melakukan UPT (Urine Pregnancy Test).

Sekiranya anda tidak pasti masa untuk melakukan ujian kehamilan sendiri atau keliru dengan simptom awal kehamilan, percayalah ada individu lain turut berasakan perkara yang sama.

Jadi, mungkin sukar untuk anda tentukan bila boleh buat pregnancy test, kan?

Umumnya, anda disarankan untuk menunggu sehingga seminggu selepas haid lewat bagi mendapatkan keputusan yang tepat.

Sekiranya berasakan tempoh tersebut terlalu lama, anda perlu sekurang-kurangnya untuk menanti sehingga 1 atau 2 minggu selepas melakukan seks.

Jika anda hamil, tubuh memerlukan masa untuk mengembangkan tahap HCG yang boleh dikesan. Ini biasanya memakan masa antara 7 hingga 12 hari selepas implantasi telur berjaya dilakukan.

Seandainya anda melakukannya terlalu awal dalam kitaran haid, hasil keputusan yang diperolehi mungkin tidak tepat.

Selain itu, ada juga tanda-tanda yang boleh anda perhatikan sebagai petunjuk masa sesuai melakukan ujian kehamilan sendiri.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI