APAKAH TANDA JANGKITAN RSV YANG ANDA PERLU TAHU ?

Penyakit RSV pada kanak-kanak ini mungkin hanya mendatangkan gejala yang ringan, lantas membuatkan ibu bapa sukar untuk mengesan simptom-simptom seperti di bawah :

1️⃣ Selesema
Bayi dan kanak-kanak menghidap selesema bersama simptom biasa lain seperti hidung berair dan tersumbat, bersin serta batuk.

2️⃣ Demam
Anak anda juga mungkin akan mengalami demam dengan suhu rendah atau sederhana iaitu sekitar 38℃ yang tidak melepasi 39℃.

Namun ada kemungkinan terjadinya simptom lain yang lebih teruk terutama kepada bayi dan kanak-kanak berisiko seperti :

▪️ Gangguan pada sistem pernafasan
Kesukaran untuk bernafas yang teruk sehingga boleh menyebabkan komplikasi lain.

▪️ Keradangan paru-paru
Keadaan ini merupakan gejala paling berbahaya yang boleh terjadi kepada bayi dan kanak-kanak.

Dalam erti kata mudah, ramai ibu bapa yang mungkin tidak perasan jangkitan ini sudah berlaku kepada anak. Maka, adalah lebih baik untuk anda lebih berwaspada dan bersedia sebelum ia menyerang!

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI