Setiap kanak-kanak bermasalah apraksia menunjukkan tanda dan simptom yang yang berbeza.
Berikut merupakan antara simptom yang mungkin ditunjukkan oleh kanak-kanak yang mengalami apraksia.
1️⃣ Kanak-kanak yang masih kecil (0-2 tahun)
✅ Tidak menghasilkan bunyi vokal dan membebel ketika bayi
✅ Lambat menghasilkan perkataan pertama
✅ Hanya ada beberapa bunyi vokal dan konsonan yang berbeza
✅ Bermasalah dalam menyambung bunyi-bunyi perkataan
✅ Menggantikan bunyi yang sukar disebut dengan bunyi yang mudah
👉 Contohnya : kakak ? tata
✅ Menggugurkan bunyi yang susah disebut
👉 Contohnya: mata ? ata (walaupun kebanyakan kanak-kanak yang sedang membesar melakukan kesalahan bunyi seperti di atas, namun kanak-kanak apraksia lebih kerap melakukannya)
2️⃣ Kanak-kanak besar (2-6 tahun)
✅ Kesalahan bunyi yang dihasilkan tidak konsisten
👉 Contohnya, boleh menyebut bunyi tertentu hari ini tetapi tidak boleh menyebut bunyi yang sama keesokan harinya.
✅ Boleh memahami percakapan lebih baik dari menghasilkan pertuturan
✅ Sukar dalam meniru pertuturan
✅ Meniru bunyi lebih mudah dari menyebut perkataan dengan spontan.
✅ Mengalami masalah untuk menggerakkan lidah dan mulut untuk menghasilkan bunyi yang ingin dihasilkan.
👉 Contohnya, mencuba beberapa kali untuk menyebut perkataan tersebut sebelum berjaya menyebut dengan betul.
✅ Bermasalah menyebut perkataan yang panjang berbanding perkataan pendek.
✅ Pertuturan semakin sukar dihasilkan jika kanak-kanak tersebut merasa gementar.
✅ Pertuturan sangat sukar difahami terutamanya oleh orang asing.
✅ Intonasi yang dihasilkan tidak natural, seperti monoton atau kurang irama.
✅ Perkembangan bahasa yang lewat.
Jika anak anda menunjukkan ciri-ciri berikut, sangat penting untuk membawanya berjumpa TPB bagi menjalani penilaian pertuturan dan bahasa.