Apakah Ciri-Ciri Bayi Besar Dari Kandungan?

Proses melahirkan bayi bukanlah perkara yang mudah perlu dihadapi oleh para ibu. Malah, dari semasa hamil lagi, berat bayi dan saiz bayi dalam kandungan perlu diperhatikan supaya tidak terlampau kurang dan tidak terlampau lebih.

Hal ini kerana, beberapa komplikasi boleh timbul yang menyebabkan proses kelahiran menjadi sukar dan bahaya.

Bayi besar dari usia kandungan mungkin normal atau mungkin mempunyai ciri-ciri seperti di bawah :

▪️ Makrosomia (bayi dengan badan yang besar)
▪️ Warna kulit sangat merah (plethora).
▪️ Jaundis
▪️ Kecacatan masa lahir – bayi yang ibunya mengidap kencing manis berisiko tinggi mendapat penyakit jantung dari lahir, kecacatan saraf tunjang dan kecacatan anggota kaki dan tangan.
▪️ Kesukaran bernafas.
▪️ Keletihan – disebabkan oleh kekurangan gula dalam darah.
▪️ Ketidakseimbangan garam galian (hypocalcaemia dan hypomagnesemia)

Apakah masalah-masalah lain yang berkait dengan bayi besar dari usia kandungan ?

1️⃣ Kadar kelahiran secara pembedahan adalah tinggi.
2️⃣ Kesukaran kelahiran yang menyebabkan kecederaan semasa lahir (shoulder dystosia – bahu tersangkut) menyebabkan pendarahan di bawah kulit kepala, patah tulang dan lemah/lumpuh anggota tangan (Erb’s palsy – yang berkait dengan kecederaan saraf flexus berhampiran dengan bahu).
3️⃣ Proses bersalin yang lama boleh menyebabkan kurangnya oksigen dibekalkan kepada bayi (bayi lemas dalam kandungan) dan kemungkinan menyebabkan kecacatan fizikal dan mental dalam jangkamasa yang panjang.
4️⃣ Kekurangan gula dalam darah
5️⃣ Masalah pernafasan

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI