APA ITU KANCING GIGI ?

Semasa anda mengandung, anda diberi suntikan kancing gigi dan selepas melahirkan juga,anda akan diberi suntikan kancing gigi beberapa kali pada tahun pertama kelahiran. Tapi tahukah anda apa itu kancing gigi ?

Kancing gigi atau tetanus berlaku di seluruh dunia. Ia kerana spora bakteria Clostridium tetani terdapat di mana-mana terutama di kawasan pertanian dan kawasan yang terlibat dalam aktiviti mengendalikan najis haiwan. Spora Clostridium tetani masuk ke dalam tubuh manusia melalui luka; sama ada luka tercucuk atau luka terbuka.

Agen penyebab : Bakteria Clostridium tetani. Gejala jangkitan ini disebabkan oleh neurotoksin berbahaya yang dihasilkan oleh bakteria tersebut dalam tisu mati (contohnya dari luka yang kotor).

Cara jangkitan: Terdedah kepada spora Clostridium tetani.

Tempoh pengeraman: 3 hingga 21 hari, purata tempoh: 10 hari.

Antara tanda dan gejala seseorang mengalami kancing gigi adalah :

✅ Kekejangan otot yang menyakitkan, lazimnya ia bermula dengan otot-otot rahang dan dipanggil lockjaw atau trismus.
✅ Kekejangan juga boleh melibatkan otot leher, otot peha, otot belakang badan, otot pernafasan dan lain-lain kumpulan otot badan.
✅ Kekejangan yang berpanjangan boleh menyebabkan otot koyak dan tulang patah.
✅ Rangsangan luar yang sederhana boleh mencetuskan kekejangan, sehingga menyebabkan komplikasi kancing gigi yang serius.

Kadar kematian antara 10% hingga lebih 80% terutama di kalangan mereka yang tidak pernah menerima pelalian, mereka yang berumur 60 tahun ke atas atau bayi baru lahir.

Selain otot koyak dan tulang patah akibat kekejangan yang lama, jangkitan paru-paru (pneumonia) boleh berlaku akibat aspirasi makanan atau cecair ke dalam paru-paru semasa kekejangan.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI