ANAK MENGALAMI DERUAN JANTUNG, PERLUKAH SAYA RISAU ?

Mungkin ada ibu ayah yang akan merasa bimbang jika doktor mengdiagnosis anak mereka mempunyai keadaan di mana jantungnya ada wujud bunyi murmur.

Ia sebenarnya adalah perkara biasa dan ramai kanak-kanak yang mengalaminya pada sesuatu peringkat umur. Majoriti dari kerisauan ini adalah tidak berbahaya dan tidak memberi kean terhadap kesihatan anak-anak.

Anak anda tidak akan bermasalah jika deruan jantung (“murmur”) ini adalah “innocent” (tidak merbahaya). Jika ada masalah sakit jantung yang lain, ia bergantung kepada jenis masalahnya. Sila dapatkan nasihat doktor.

Adakah ia perlukan rawatan ?

✅ Tiada rawatan diperlukan untuk deruan jantung (“murmur”) yang “innocent” (tidak merbahaya).
✅ Jika anak anda mempunyai penyakit jantung, rujukan perlu dibuat ke hospital pakar. Ubat-ubatan atau prosedur tertentu mungkin diperlukan (contohnya cabut gigi) sekiranya anak anda mempunyai masalah jantung atau mengalami kegagalan jantung.
✅ Pembedahan kadang-kala diperlukan untuk merawat penyakit jantung yang tertentu.

Beberapa penyakit jantung boleh dikesan semasa bayi berada dalam kandungan melalui imbasan ultrasound yang terperinci.

Ini seterusnya akan menentukan sama ada bayi anda perlu dilahirkan di hospital yang menyediakan kepakaran jantung supaya rawatan kecemasan dapat diberikan jika perlu.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI