Kecacatan jantung yang ujud sejak lahir (kongenital) terjadi dalam 8 per 1000 kelahiran. Tanda dan gejala yang ditunjukkan oleh bayi-bayi ini berbeza antara satu sama lain mengikut kecacatan masing-masing.
Jantung mempunyai 4 ruang, 2 atrium dan 2 ventrikel yang berfungsi sebagai jantung sebelah kanan dan jantung sebelah kiri.
Bayi yang mempunyai kecacatan jantung biasanya menunjukkan tanda-tanda berikut :
📌 Mempunyai deruan jantung (murmur) : bunyi ini dihasilkan oleh gangguan atau tubulasi aliran darah contohnya apabila terdapat lubang pada jantung atau laluan injap yang sempit. Bunyi murmur ini tidak begitu ketara semasa lahir malah hanya dikesan apabila anak sudah agak besar dan kelihatan sihat dalam aliran sistemik.
📌 Kebiruan (cyanosis) : bayi mungkin kelihatan kebiruan sejak lahir. Ini disebabkan oleh kandungan darah tanpa oksigen yang tinggi dalam darah.
📌 Kegagalan jantung : bayi mungkin bernafas secara kencang atau sesak nafas ketika rehat atau semasa menyusu.
📌 Tumbesaran terganggu disebabkan oleh kegagalan jantung atau kekurangan oksigen disebabkan oleh sakit jantung jenis biru.
Diagnosa jenis kecacatan jantung. Doktor akan melakukan pemeriksaan lanjut seperti:
▪️ Elektrokardiografi (ECG) untuk menilai aktiviti elektrik pada jantung yang tidak normal.
▪️ X-ray dada untuk menilai bentuk dan saiz jantung serta pembuluh darah.
▪️ Echokardiografi : imbasan organ jantung membantu untuk membuat diagnosa
▪️ Jika perlu bayi akan dirujuk kepada pakar jantung untuk membuat penilaian dan rawatan lanjut.
Keadaan ini boleh dicegah melalui imunisasi. Kebanyakan pesakit akan melakukan aktiviti seperti kanak-kanak lain. Bagaimanapun pesakit kecacatan jantung biasanya tidak seaktif kanak-kanak lain walaupun selepas menjalani pembedahan.