Anak Kurang Selera Makan, Apa Ibu Bapa Perlu Tahu

Ada kalanya anak menjadi kurang selera makan dan sukar untuk menghabiskan makanan 🍽. Situasi ini sering membuatkan ibu bapa risau, terutamanya jika keadaan ini berlarutan beberapa hari.

Kurang selera makan boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor seperti anak tidak sihat, perubahan rutin harian, atau terlalu banyak mengambil snek di antara waktu makan.

𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐩𝐮𝐧𝐜𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐚𝐤𝐮 :
👉 Anak sedang demam atau tidak sihat
👉 Jadual makan tidak teratur
👉 Terlalu banyak makanan ringan
👉 Anak sedang melalui fasa memilih makanan

𝐉𝐢𝐤𝐚 𝐤𝐞𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐚𝐫𝐮𝐭𝐚𝐧, 𝐢𝐚 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐞𝐣𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐮𝐦𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐧𝐚𝐠𝐚 𝐚𝐧𝐚𝐤 ⚠️.

Sekiranya anak terus menolak makanan atau berat badan tidak meningkat seperti biasa, bawalah anak untuk pemeriksaan supaya punca sebenar dapat dikenal pasti.

Mak ayah boleh datang ke klinik berhampiran untuk mendapatkan nasihat doktor mengenai pemakanan yang sesuai untuk anak.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI

Kesihatan Am

Ibu & Anak

Kesihatan Pekerjaan

Rehabilitasi

Umum