ADAKAH KANAK-KANAK YANG GAGAP DIANGGAP NORMAL ?

β€’

Adakah anak anda sering tersekat-sekat semasa bercakap atau anak anda kerap mengulangi suku kata dan perkataan yang sama semasa bercakap?

Jika ya, seringkah anda tertanya-tanya sama ada anak anda mengalami kegagapan? Gagap ialah keadaan di mana pertuturan menjadi tidak lancar atau tersekat-sekat.

Kebiasaannya, kanak-kanak berusia 2 hingga 5 tahun mengalami tempoh kegagapan dalam proses perkembangan bahasa mereka. Semasa bercakap mereka sering tersekat-sekat, mengulangi suku kata, perkataan atau ayat, pemanjangan sesuatu bunyi perkataan atau berhenti ketika bercakap. Ini bukanlah fenomena luar biasa. Hampir 5% kanak-kanak mengalami kegagapan normal pada usia ini.

Apakah gagap normal di kalangan kanak-kanak?

πŸ‘‰ Kanak-kanak mengalami kegagapan normal apabila mengulangi suku kata atau perkataan 1 hingga 2 kali contohnya sa-sa-saya. Kegagapan juga disertai sisipan seperti β€œum”, β€œuh” dan β€œer”
πŸ‘‰ Kegagapan muncul antara umur 2 hingga 5 tahun. Muncul dan hilang pada waktu-waktu tertentu.
πŸ‘‰ Kegagapan muncul dan hilang pada waktu-waktu tertentu disebabkan oleh kanak-kanak sedang melalui proses pembelajaran benda baru dan cuba untuk memahirkan kemahiran bahasa yang ada.

Faktor utama yang menyebabkan kegagapan masih belum dikenal pasti namun beberapa faktor yang sering dikaitkan dengan kegagapan adalah seperti berikut:

1️⃣ Genetik – Individu yang mempunyai sejarah keluarga dengan masalah gagap berkemungkinan besar untuk mengalami masalah tersebut.
2️⃣ Faktor perkembangan – Kanak-kanak mengalami perkembangan kognitif, fizikal, sosial/emosi dan bahasa pertuturan dengan cepat pada usia 2 hingga 5 tahun.
3️⃣ Persekitaran – Individu terutamanya kanak-kanak yang terdedah kepada persekitan individu gagap (bapa, abang, saudara-mara), cenderung untuk mengikut gaya percakapan mereka dan boleh menjadi gagap.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI