BAGAIMANA NAK MEMBANTU ANAK YANG GAGAP ?

Semakin meningkat dewasa, kanak-kanak akan semakin menyedari masalah pertuturan yang di alami. Oleh yang demikian, kegagapan meningkatkan rasa malu di kalangan kanak-kanak. Ini mengakibatkan kanak-kanak rasa kurang yakin diri untuk berkomunikasi. Selain itu, rakan sebaya mula menyedari masalah ini dan mula mengejek.

Selain itu, kegagapan meningkatkan tekanan kanak-kanak di situasi yang memerlukan mereka bercakap.

Berikut merupakan antara tips yang boleh dilakukan untuk membantu kanak-kanak gagap:

1️⃣ Bercakap secara tenang dan tanpa tergesa-gesa
Tunggu seketika dalam beberapa saat sebelum memberikan respon kepada anak selepas mereka habis bercakap. Model bercakap dengan tenang dan lancar adalah lebih berkesan berbanding memberi komen atau nasihat tentang bagaimana mereka bercakap.

2️⃣ Model percakapan yang lancar
Bercakap dengan menggunakan ayat-ayat pendek dan mudah.

3️⃣ Elakkan meminta anak bercakap dengan betul setiap masa.

4️⃣ Wujudkan peluang untuk anak bercakap dengan tenang, harmoni dan gembira.

5️⃣ Dengar apa yang dituturkan oleh anak sehingga habis, tanpa perlu menyudahkan atau membetulkan ayat yang dituturkan oleh anak.

6️⃣Kurangkan bertanya kepada anak. Banyakkan komen atau perjelaskan apa yang dituturkan oleh anak berbanding bertanya banyak soalan mengenainya.

7️⃣ Luangkan masa bersama anak. Luangkan masa untuk berinteraksi dengan anak dengan lebih efektif untuk meningkatkan keyakinan anak untuk bertutur.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI