ADAKAH ANAK ANDA BERISIKO MENDAPAT AUTISM ?

Hampir 47,000 orang kanak-kanak di Malaysia mengalami gangguan autism, atau lebih dikenali sebagai kanak-kanak autistik, namun gagal didiagnosis dengan cepat kerana ibu bapa tidak tahu ciri-ciri autism.

Autism ialah gangguan pertumbuhan tumbesar seseorang dalam jangka masa panjang yang memberi kesan dalam pemikiran kanak-kanak dan dalam proses informasi.

Ia berlaku kepada kanak-kanak di antara 1-2 orang dalam 1000 dan ia terjadi 4 kali lebih kerap di kalangan kanak-kanak laki-laki. Gejala – gejala ini selalunya berlaku sebelum kanak- kanak itu berumur 3 tahun tetapi ianya belum pasti lagi.

Penyebab utama autism ialah :

1️⃣ Komunikasi

✅ Lambat, tidak normal atau tidak boleh bertutur
✅ Bahasa tanpa lisan yang tidak normal ; contoh, kurang pergerakan anggota badan.
✅ Kurang cerdas semasa bermain
✅ Kurang upaya bergaul atau berbincang dengan orang lain

2️⃣ Tindak balas sosial

✅ Hilang tumpuan dan kurang mimik muka
✅ Tiada kesedaran perasaan terhadap orang lain
✅ Suka bersendirian tanpa berkongsi pengalaman dengan orang lain
✅ Suka bermain sendirian

3️⃣ Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti

✅ Menggerakkan anggota badan berulang kali seperti bertepuk tangan, menggoyangkan badan ke hadapan dan belakang, menganguk kepala
✅ Menumpukan perhatian kepada satu objek sahaja seperti tayar kereta mainan
✅ Tertekan ke atas perubahan kecil yang berlaku dalam persekitaran
✅ Hanya berminat terhadap satu atau dua perkara sahaja.

Sebab-sebab Autism tidak diketahui tetapi kemungkinan berpunca dari faktor keturunan atau ketidakseimbangan kimia di dalam otak. Terencat akal boleh berlaku dalam 75% kanak-kanak autism.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI