KENAPA HIDUNG ANAK KERAP BERDARAH ?

ADA orang risau mengapa anak mereka kerap sangat hidung keluar darah. Ada petanda tak elok ke?

Pendarahan hidung adalah masalah biasa yang berlaku dikalangan kanak-kanak. Ia boleh berlaku secara spontan atau disebabkan trauma.

Walau bagaimanapun, kebanyakan sebab-sebabnya tidak dapat dikenal pasti. Ia selalunya berkaitan dengan satu bahagian di dalam hidung iaitu “little area” yang senang untuk berdarah.

Apakah yang menyebabkan hidung berdarah ?

Terdapat banyak sebab termasuk:

1️⃣ Sejuk dan alahan.
2️⃣ Jangkitan pada salur hidung (sinus).
3️⃣ Trauma, sebagai contoh, menghembus hidung terlalu kuat, memicit hidung, kecederaan pada bahagian dalam hidung, benda asing di dalam hidung.
4️⃣ Dinding tengah hidung senget.
5️⃣ Ketumbuhan di dalam hidung (contoh: polyps, tumor).
6️⃣ Penyakit lain yang berkaitan (contohnya sakit buah pinggang yang yang kronik, trombosaitopenia [bilangan platlet yang rendah] dan penyakit darah contoh hemophilia).
7️⃣Ubat-ubatan yang melambatkan pembekuan darah.
8️⃣ Tindak balas bahan kimia.

Bagaimanakah anda mengelakkan daripada hidung berdarah?

✅ Elakkan dari mengorek dan menghembus hidung dengan kuat.
✅ Rawat masalah kesihatan yang boleh menyebabkan komplikasi hidung berdarah.

Dalam kes trauma adalah penting untuk memastikan tiada pengumpulan darah di septum hidung untuk mengelakkan terjadinya hidung “saddle” (berbentuk pelana kuda).

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI