Masalah hidung berdarah sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan situasi tersebut sudah tentunya merisaukan ibu bapa sehingga melakukan perkara yang salah ketika cuba untuk berhentikan pendarahan.
Ibu bapa di luar sana perlu tahu langkah betul jika hidung anak berdarah supaya tidak membahayakan diri si anak. Berikut merupakan langkah utama perlu dilakukan ibu bapa sekiranya hidung anak berdarah :
1️⃣ Langkah kecemasan:
✅ Beri keselesaaan kepada kanak-kanak tersebut.
✅ Dudukkan kanak-kanak di dalam keadaan menegak dan tunduk ke depan secara membongkok.
✅ Suruh kanak-kanak tersebut bernafas melalui mulut.
✅ Picit bahagian bawah hidung yang lembut selama 20-30 minit.
✅ Letakkan ketulan ais dipangkal hidung untuk menguncupkan salur darah seterusnya mengurangkan pengaliran darah dibahagian tersebut.
✅ Lepaskan picitan pada hidung. Selepas 10 minit periksa sama ada pendarahan telah berhenti atau tidak.
✅ Jika masih berdarah ulangi picit bahagian hidung selama 10 minit. Jika pendarahan berterusan segeralah berjumpa doktor.
✅ Jika pendarahan telah berhenti, nasihatkan kanak-kanak tersebut supaya terus duduk dan jangan menyapu atau bernafas melalui hidung.
2️⃣ Rawatan bergantung pada sebab-sebab:
✅ Rawat masalah yang berkaitan.
✅ Nasihatkan supaya berhenti mengorek hidung dan menghembus hidung dengan kuat.
Bagaimanakah anda mengelakkan daripada hidung berdarah?
1️⃣ Elakkan dari mengorek dan menghembus hidung dengan kuat.
2️⃣ Rawat masalah kesihatan yang boleh menyebabkan komplikasi hidung berdarah.
Dalam kes pendarahan yang tidak terkawal, pakar bahagian telinga, tekak dan hidung akan memberi rawatan mengikut keadaan seperti membuat sumbatan pada hidung, penggunaan bahan kimia/ubat-ubatan tertentu untuk menghentikan perdarahan.