BAGAIMANA NAK HILANGKAN PEDIH ULU HATI ?

Kebanyakan orang boleh mengawal ketidak selesaan pedih ulu hati dengan mengamalkan cara hidup sihat dan ubat ubatan tanpa preskripsi doktor.

Tetapi sekiranya ia semakin teruk, ubatan ini mungkin hanya membantu untuk sementara waktu. Sekiranya anda mengalami(GERD) anda mungkin memerlukan ubatan lain untuk mengurangkan gejala.

Sekiranya mengalami pedih ulu hati yang teruk anda boleh menghilangkannya dengan menukar tabiat pemakanan anda. Berhenti merokok juga sangat membantu.

Antacids atau bismuth subsalicylate boleh mengurangkan kesakitan pedih ulu hati dan meneutralkan asid perut bagi serangan sekali sekala. Metaclopramide juga diambil bagi mengosongkan perut dengan kadar segera.

2 Langkah pencegahan yang boleh anda ambil :

1️⃣ Sukatan pemakanan

Menukar amalan pemakanan boleh membantu mengurangkan gejala pedih ulu hati:

✅ Elakkan makanan pedas dan berempah terutamanya kari, minuman berkarbonat dan makanan yang diawet.
✅ Cuba untuk kurangkan makanan bergoreng dan berlemak. Kembung biasanya terjadi akibat memakan makan berlemak.

2️⃣ Pengubahsuaian Cara hidup

✅ Amalkan jumlah makanan yang sedikit.
✅ Makan perlahan lahan, kunyah makanan dan elakkan dari terus menelan.
✅ Jangan makan ketika merasa bimbang, cemas atau kecewa. Makanlah dalam keadaan tenang dengan perlahan lahan.
✅ Berhenti merokok. Menghisap rokok boleh menambahkan jumlah udara yang tertelan dan ketidakcernaan

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI