4 KOMPLIKASI STROK YANG ANDA PERLU TAHU

Stroke adalah penyakit “serangan otak”.Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja pada bila-bila masa !

Kesan-kesan strok bergantung kepada bahagian otak yang mana telah terjejas dan keterukkan kerosakannya. Bagi sesetengah orang, kesannya agak sedikit dan ambil masa yang cepat untuk pulih. Manakala yang lain mengalami kehilangan upaya yang lebih teruk dalam jangka panjang.

Antara komplikasi penyakit strok ialah seperti berikut :

1️⃣ Kekurangan fizikal selepas strok

✅ Kehilangan pergerakan atau corak pergerakan yang tidak normal di sebelah badan (hemiplegia). Oleh kerana bahagian kanan otak mengawal bahagian kiri badan (dan sebaliknya), hemiplegia terjadi di bahagian badan yang bertentangan dengan lokasi strok.
✅ Koordinasi yang lemah.
✅ Perawakan yang tidak normal.
✅ Kesukaran bertutur dan memahami, serta membaca dan menulis.
✅ Tidak dapat mengawal pembuangan najis.
✅ Kehilangan penglihatan separa.
✅ Tidak dapat menelan.

2️⃣ Kekurangan kognitif

✅ Menjadi terlalu awas, cemas dan kelam kabut.
✅ Mudah murung, tidak dapat mengawal emosi.
✅ Konsentrasi yang lemah dalam mempelajari kemahiran baru.
✅ Tidak dapat memahami percakapan/pertuturan.

3️⃣ Kekurangan tanggapan ruang – persepsi

✅ Tidak boleh mengagak jarak, saiz, kedudukan.
✅ Kehilangan rasa di sebelah badan.
✅ Kehilangan imej tubuh.

4️⃣ Komplikasi lain seperti:

✅ Kudis tekanan.
✅ Foot drop.
✅ Kontraktur.
✅ Komplikasi respiratori

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI