KENAPA PERUT SELALU KEMBUNG ?

Banyak sangat angin kot ? Mungkin ya mungkin tidak. Dari mana datang angin tu?

Kembung perut adalah reaksi angin dalam perut. Ia terjadi apabila badan bertindak mengeluarkan angin berlebihan yang terhasil daripada minuman dan menelan makanan bersama air liur.

Kembung perut adakala boleh memalukan. Tetapi ia masalah biasa yang boleh terjadi kepada semua peringkat umur. Secara purata kebanyakan manusia melepaskan gas 15 kali hingga 40 kali setiap hari.

Angin adalah kesan lebihan gas di dalam usus dan ia bukanlah masalah utama yang perlu dirisaukan. Walau bagaimanapun sekiranya angin ini diikuti dengan gejala lain, anda mungkin perlu bertemu dengan anggota kesihatan, kemungkinan gejala tersebut adalah kesan daripada situasi yang tidak didiagnosa.

Walaupun kebanyakan kes kembung tidak merbahaya, ia boleh merupakan gejala ketidakhadaman makanan seperti gastroenteritis (cirit birit) atau irritable bowel syndrome (IBS).

Antara Tanda dan Gejala ialah :

Kembung perut yang berlebihan boleh diikuti oleh gejala lain yang disebabkan gas di dalam usus.

✅ Sendawa – Gas dilepaskan melalui mulut dengan tindakan refleks secara tiba tiba. Keadaan ini berlaku apabila perut dipenuhi dengan angin berlebihan yang biasanya daripada pemakanan, minuman atau merokok.
✅ Kembung – perut anda terasa sangat penuh membuatkan anda terasa untuk sendawa. Ini biasanya berlaku apabila memakan makanan berat yang memerlukan masa yang panjang untuk proses pencernaan
✅ Perut meragam – berlaku apabila perut bertindak balas dengan cepat , menyebabkan isi perut bergerak ke depan dan belakang. Boleh berlaku apabila anda lapar dan juga boleh terjadi apabila anda murung dan juga berdebar debar.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI