KESIHATAN PERGIGIAN IBU MENGANDUNG

KESIHATAN gigi amat penting untuk setiap orang apatah lagi wanita yang sedang hamil.

Seperti yang kita tahu, ada dalam kalangan ibu mengandung yang sering mengalami ‘morning sickness,’ bengkak kaki, sakit belakang dan sakit kepala yang melampau.

Situasi ini menyebabkan mereka tidak dapat menjaga kesihatan gigi dengan baik sekali gus mengundang risiko masalah gigi.

Bagaimana Mengandung Boleh Mempengaruhi Kesihatan Pergigian Anda ?

1️⃣ Perubahan hormon semasa mengandung boleh meningkatkan risiko penyakit gusi melalui penggalakan pembiakan bakteria jika mulut tidak bersih.
2️⃣ Alahan semasa mengandung (seperti mabuk, muntah-muntah dan pening) menyukarkan proses memberus dan memflos gigi. Ini memberi risiko kepada penyakit pergigian terutama penyakit gusi dan gigi berlubang.
3️⃣ Persekitaran asidik (dari muntah dll ) melarutkan lapisan luar gigi dan meningkatkan risiko gigi berlubang.
4️⃣ Perubahan tabiat pemakanan seperti mengidam makanan-makanan manis dan asam ketika mengandung juga meningkatkan risiko gigi berlubang.

Apa Itu Epulis ?

👉 Ketumbuhan dan benjolan sekitar gigi dan gusi yang terjadi ketika mengandung.
👉 Mudah berlaku ketika mengandung kerana perubahan hormon yang menggalakkan pembiakan kuman jika mulut kotor.
👉 Ciri-ciri epulis – ketumbuhan seperti barah dan mudah berdarah bila disentuh.
👉 Berlaku di bahagian gigi dan gusi yang kotor atau berpenyakit.
👉 Epulis ini biasanya dikeluarkan secara pembedahan kecil.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI