Kejadian diabetes mellitus berbeza antara negara dan komuniti. Di Malaysia dianggarkan kurang dari 1 %.
Orang dewasa selalunya mendapat diabetes mellitus jenis 2 tetapi dengan masalah kegemukan di seluruh dunia, kanak-kanak juga boleh mendapat diabetes mellitus jenis ini.
Gejala yang ditunjukkan oleh pesakit diabetes mellitus jenis 1 bermula 1 minggu atau lebih sebelum kanak-kanak tersebut betul-betul sakit. Anak anda mungkin mengadu:
✅ Kerap kali kencing dan air kencing banyak (siang dan malam)
✅ Rasa haus yang amat sangat
✅ Berat badan menurun
✅ Rasa letih lesu dan kurang tenaga
Perhatian: (Kencing malam) pada kanak-kanak yang telah terlatih mengawal pundi kencingnya dikenali sebagai “secondary enuresis”. Sekiranya anak anda mengalami masalah ini, diabetes mellitus haruslah disyaki.
Gejala tambahan yang sering berlaku pada kanak-kanak:
1️⃣ Sakit perut dengan atau tiada muntah
2️⃣ Sakit kepala
3️⃣ Masalah tingkah laku
4️⃣ Mudah mendapat jangkitan terutama di kulit
Sekiranya gejala ini tidak dikenal pasti awal, kemungkinan besar anak anda akan mengalami “diabetic ketoacidosis” (DKA).