KASIHAN ANAK KENA RUAM LAMPIN!

Masalah ruam lampin bayi adalah keadaan normal untuk terjadi pada si kecil. Tetapi apakah punca ia berlaku dan adakah cara menanganinya?

Geseran atau kerengsaan adalah penyebab biasa berlakunya ruam lampin, pada bahagian di mana lampin tersebut bersentuh/bergeser dengan kulit, lampin yang dipakaikan terlalu ketat atau dibiarkan terlalu lama. Ruam kerap terjadi di celah paha atau di bawah bahagian getah lampin.

Biasanya ruam ini mudah sembuh dengan penukaran lampin secara kerap dan mengeringkan kawasan tersebut.

Ruam ini kebanyakannya terjadi pada bahagian yang terdedah seperti bahagian punggung. Ia tidak melibatkan kawasan lipatan anggota atau kedutan kulit. Ia juga mungkin disebabkan oleh:

✅ Kulit terdedah kepada air kencing atau najis dalam jangkamasa yang lama
✅ Alahan terhadap bahan kimia dan lampin pakai buang
✅ Alahan kepada bahan pencuci yang digunakan untuk membasuh kain lampin

Antara rawatan yang boleh anda lakukan sekiranya si comel anda kena ruam lampin adalah :

1️⃣ Rawatan terbaik ialah menukar lampin secara kerap dan juga penggunaan bahan pelindung kulit yang mengandungi zink oksida.
2️⃣ Gunakan air suam untuk mencuci punggung bayi setiap kali selepas membuang air kecil atau air besar.
3️⃣ Tukar lampin bayi dengan kerap, dan biarkan mereka tanpa lampin apabila perlu untuk menggalakan pengudaraan dan mengeringkan kulit bati.
4️⃣ Elakkan dari menggunakan tepung jagung kerana ia menggalakan pertumbuhan bakteria dan kulat.
5️⃣ Elakkan dari menggunakan bedak talkum kerana ia boleh memasuki paru-paru bayi dan boleh menyebabkan masalah pernafasan.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI