
Istilah โgastrikโ sering digunakan apabila anak mengadu sakit di bahagian perut, pedih ulu hati, kembung atau rasa tidak selesa selepas makan. Namun, sakit perut pada kanak-kanak boleh berlaku disebabkan pelbagai perkara dan tidak semestinya gastrik.
Ada anak yang sakit perut kerana makan tidak teratur, sembelit, jangkitan perut, makanan tertentu atau masalah lain. Oleh itu, ๐ข๐๐ฎ ๐๐๐ฉ๐ ๐ญ๐ข๐๐๐ค ๐๐ข๐ ๐๐ฅ๐๐ค๐ค๐๐ง ๐ฆ๐๐ฆ๐๐๐ซ๐ข ๐ฎ๐๐๐ญ ๐ ๐๐ฌ๐ญ๐ซ๐ข๐ค ๐ฌ๐๐ง๐๐ข๐ซ๐ข ๐ญ๐๐ง๐ฉ๐ ๐ฆ๐๐ง๐ ๐๐ญ๐๐ก๐ฎ๐ข ๐ฉ๐ฎ๐ง๐๐ ๐ฌ๐๐๐๐ง๐๐ซ.
Perhatikan bila sakit berlaku. Adakah anak sakit selepas makan, sebelum makan, ketika ke tandas atau bersama muntah, cirit-birit dan demam? Maklumat ini boleh membantu doktor membuat penilaian.
Bawa anak ke klinik jika sakit perut berlaku berulang kali, semakin kuat, mengganggu makan atau tidur, atau anak kelihatan tidak sihat. Sakit perut yang datang bersama muntah berterusan, najis berdarah, perut keras atau anak terlalu lemah memerlukan pemeriksaan segera.
๐๐๐๐ข๐ก ๐๐๐ข๐ค ๐๐๐ฉ๐๐ญ๐ค๐๐ง ๐ฉ๐๐ฆ๐๐ซ๐ข๐ค๐ฌ๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐ข๐ฉ๐๐๐ ๐ญ๐๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐ฆ๐๐ง๐ ๐๐ง๐ ๐ ๐๐ฉ ๐ฌ๐๐ฆ๐ฎ๐ ๐ฌ๐๐ค๐ข๐ญ ๐ฉ๐๐ซ๐ฎ๐ญ ๐ฌ๐๐๐๐ ๐๐ข ๐ ๐๐ฌ๐ญ๐ซ๐ข๐ค.





