
Melihat anak mula berdiri, berpaut dan mengambil langkah pertama memang menjadi saat yang menggembirakan. Namun, ada ibu bapa yang mula risau apabila melihat anak mereka belum berjalan seperti kanak-kanak lain yang sebaya.
๐๐ฉ๐ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ข๐๐ฎ ๐๐๐ฉ๐ ๐๐จ๐ฅ๐๐ก ๐ฅ๐๐ค๐ฎ๐ค๐๐ง ๐๐ข ๐ซ๐ฎ๐ฆ๐๐ก:
โช๏ธBeri ruang yang selamat untuk anak bergerak
Pastikan kawasan bermain lebih selamat dan beri peluang kepada anak untuk duduk, merangkak, berdiri atau berpaut mengikut kemampuan mereka.
โช๏ธGalakkan tanpa memaksa
Ibu bapa boleh duduk berhampiran anak, beri sokongan dan pujikan usaha kecil mereka. Elakkan memaksa anak berjalan apabila mereka masih takut atau belum bersedia.
โช๏ธPerhatikan perkembangan secara menyeluruh
Selain berjalan, lihat juga bagaimana anak bergerak, menggunakan tangan, bertindak balas dan berinteraksi dalam rutin harian.
โช๏ธBincang semasa pemeriksaan anak
Jika ibu bapa risau tentang perkembangan anak, lebih baik bawa perkara itu ke klinik untuk dinilai berdasarkan sejarah dan keadaan anak sendiri.
Dapatkan pemeriksaan lebih awal jika anak kelihatan kehilangan kebolehan yang pernah ada, sangat sukar menggerakkan satu bahagian badan, atau ibu bapa merasakan perkembangan anak sangat berbeza daripada biasa.




