PENJAGAAN DIRI IBU DALAM TEMPOH LEPAS BERSLIN

•

Selepas bersalin, ramai ibu memberi tumpuan sepenuhnya kepada bayi. Namun, keadaan diri ibu juga perlu diberi perhatian.

Tubuh ibu sedang melalui proses pemulihan. Dalam masa yang sama, ibu mungkin perlu menyesuaikan diri dengan rutin penyusuan, waktu tidur yang berubah dan tanggungjawab menjaga bayi.

Ibu tidak perlu melakukan semuanya seorang diri. 𝐃𝐚𝐩𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐬𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧, 𝐚𝐡𝐥𝐢 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐫𝐜𝐚𝐲𝐚𝐢 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐢𝐛𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐢 𝐫𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐞𝐡𝐚𝐭.

Antara perkara yang ibu boleh beri perhatian ialah:

▪️ Dapatkan rehat apabila ada peluang
▪️ Makan makanan yang seimbang dan minum air secukupnya
▪️ Jaga kebersihan diri serta luka selepas bersalin mengikut nasihat petugas kesihatan
▪️ Berbincang dengan orang terdekat jika rasa terlalu penat, sedih atau tertekan
▪️ Hadir ke pemeriksaan susulan seperti yang ditetapkan

Dapatkan rawatan segera jika ibu mengalami pendarahan yang banyak, demam, sakit yang semakin kuat, sesak nafas atau rasa sangat tidak stabil dari segi emosi.

Menjaga diri bukan bermaksud mengabaikan bayi. Ibu yang mendapat rehat dan sokongan yang cukup lebih mampu menjaga bayi dengan baik.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI

Kesihatan Am

Ibu & Anak

Kesihatan Pekerjaan

Rehabilitasi

Umum