
HFMD atau penyakit tangan, kaki dan mulut merupakan jangkitan yang kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Ia boleh menyebabkan demam, ulser atau lepuh di dalam mulut serta ruam atau lepuh pada tangan dan kaki. 👶
Anak mungkin menjadi kurang selera makan kerana ulser di dalam mulut menyebabkan rasa sakit ketika makan dan minum. Kebanyakan kes adalah ringan, tetapi ibu ayah tetap perlu memantau keadaan anak.
Bawa anak untuk pemeriksaan jika:
▪️ Anak tidak mahu minum
Ulser yang sakit boleh menyebabkan anak menolak air dan berisiko mengalami dehidrasi.
▪️Demam berterusan atau keadaan semakin teruk
Pemeriksaan membantu doktor menilai keadaan anak.
▪️ Anak terlalu lemah atau mengantuk
Perubahan tahap keaktifan perlu diberi perhatian.
▪️ Pernafasan kelihatan tidak normal atau anak mengalami sawan
Dapatkan rawatan segera.
Pastikan anak mendapat cukup cecair dan elakkan berkongsi peralatan makan atau minuman dengan ahli keluarga lain kerana HFMD mudah merebak. Jika terdapat tanda yang membimbangkan, bawa anak ke klinik untuk pemeriksaan.





