
Perubahan yang berlaku semasa kehamilan boleh menyebabkan ibu lebih mudah mengalami jangkitan saluran kencing atau Urinary Tract Infection (UTI) 🤰. Ada ibu yang mengalami pedih ketika membuang air kecil, namun ada juga yang tidak menunjukkan sebarang simptom.
Jika tidak dirawat, jangkitan ini boleh meningkatkan risiko komplikasi seperti jangkitan buah pinggang atau kelahiran pramatang. Oleh sebab itu, ibu hamil digalakkan mendapatkan pemeriksaan seawal mungkin apabila mengalami simptom yang mencurigakan.
Rawatan awal biasanya dapat membantu mengawal jangkitan dengan lebih baik dan mengurangkan risiko kepada ibu serta bayi.
Segera dapatkan pemeriksaan jika :
✅ Pedih ketika membuang air kecil
✅ Air kencing berbau kuat atau keruh
✅ Demam atau menggigil
✅ Sakit pada bahagian belakang atau pinggang
Jangan tunggu sehingga simptom menjadi semakin teruk. Pemeriksaan awal membantu memastikan kehamilan berjalan dengan lebih selamat 👩⚕️❤️.





