
Melihat anak mengalami sawan ketika demam pasti membuatkan ibu bapa panik.
Demam sawan biasanya berlaku apabila suhu badan meningkat dengan cepat, terutama dalam kalangan kanak-kanak berusia 6 bulan hingga 5 tahun.
Walaupun kebanyakan demam sawan tidak menyebabkan kerosakan otak, keadaan ini tetap memerlukan pemeriksaan bagi memastikan tiada punca lain yang lebih serius. ๐๐๐ฆ๐ฉ๐จ๐ก ๐ฌ๐๐ฐ๐๐ง ๐ฃ๐ฎ๐ ๐ ๐ฉ๐๐ง๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐ข๐ฉ๐๐ซ๐ก๐๐ญ๐ข๐ค๐๐ง ๐ค๐๐ซ๐๐ง๐ ๐ข๐ ๐ฆ๐๐ฆ๐๐๐ง๐ญ๐ฎ ๐๐จ๐ค๐ญ๐จ๐ซ ๐ฆ๐๐ง๐ข๐ฅ๐๐ข ๐ค๐๐๐๐๐๐ง ๐๐ง๐๐ค ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐ฅ๐๐๐ข๐ก ๐ญ๐๐ฉ๐๐ญ.
Ibu bapa juga dinasihatkan supaya tidak panik ketika sawan berlaku. Tindakan yang betul dapat membantu mengurangkan risiko kecederaan sementara menunggu bantuan perubatan.
Jika anak mengalami sawan
๐ Letakkan anak mengiring di tempat yang selamat
๐ Jangan masukkan apa-apa ke dalam mulut anak
๐ Longgarkan pakaian yang ketat
๐ Dapatkan rawatan segera selepas sawan berhenti
Selepas sawan berhenti, bawa anak ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan supaya punca demam dapat dikenal pasti dan rawatan yang sesuai dapat diberikan ๐ฉบ






