
Sakit belakang adalah antara masalah yang sering dialami oleh ibu hamil 🤰. Pada mulanya, ia mungkin hanya rasa lenguh atau tidak selesa, tetapi apabila kandungan semakin membesar, rasa sakit boleh menjadi lebih ketara dan mengganggu aktiviti harian.
Keadaan ini berlaku kerana pertambahan berat badan, perubahan postur tubuh, dan tekanan pada otot serta sendi sepanjang kehamilan. Selain itu, perubahan hormon juga boleh menyebabkan ligamen menjadi lebih longgar bagi mempersiapkan badan untuk proses kelahiran.
Antara perkara yang boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan :
1️⃣ Elakkan berdiri terlalu lama
2️⃣ Gunakan posisi duduk yang selesa
3️⃣ Lakukan regangan ringan yang sesuai
4️⃣ Rehat secukupnya
Walaupun sakit belakang sering dianggap normal semasa mengandung, ibu tetap perlu lebih peka jika kesakitan menjadi terlalu kuat atau berpanjangan.
Jika sakit belakang disertai simptom lain seperti sakit perut, pendarahan, atau rasa tidak selesa yang luar biasa, segera dapatkan pemeriksaan di klinik berhampiran 🩺.





