MENGAPAKAH DERUAN JANTUNG BOLEH TERJADI ?

Deruan jantung (“murmur”) ialah bunyi bising yang dapat didengar apabila darah mengalir melalui jantung. Kebanyakan deruan jantung ini dikatakan “innocent” (tidak merbahaya) atau “functional”, yang bermaksud jantung anak anda tidak bermasalah.

Bunyi jantung ini boleh wujud sekali sekala sepanjang zaman kanak-kanak, dan boleh bertambah kuat atau perlahan bergantung kepada denyutan jantung anak anda. Kebanyakannya akan semakin sukar untuk didengar apabila anak anda semakin membesar dan lama-kelamaan akan hilang dengan sendirinya.

Kadang-kala bunyi jantung (“murmur”) ini boleh menjadi tanda penyakit jantung contohnya :

▪️ Jantung berlubang
▪️ Pembuluh jantung yang tidak normal
▪️ Injap jantung yang bocor
▪️ Injap jantung yang sempit

Sekurang-kurangnya 30% kanak-kanak akan ada deruan jantung ini pada satu masa yang tertentu dalam hidup mereka.

Bagaimanakah ia dikesan ?

1️⃣ Jika tiada tanda-tanda atau gejala yang lain, deruan jantung (“murmur”) ini biasanya dikesan apabila kanak-kanak datang berjumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan atau imunisasi. Deruan jantung ini mungkin adalah “innocent” (tidak merbahaya) atau mungkin boleh dikaitkan dengan penyakit jantung.

2️⃣ Jika ada masalah sakit jantung, anak anda mungkin akan mengalami :

✅ Sesak nafas ketika bermain atau menyusu
✅ Denyutan jantung yang laju
✅ Warna lidah dan kuku yang kebiruan
✅ Pembesaran terbantut

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI