APA YANG PERLU DILAKUKAN SEKIRANYA BAYI TERSEDAK SUSU ?

Penjaga/ibu bapa perlu sentiasa mengawasi bayi sepanjang waktu penyusuan dan tidur. Sekiranya bayi didapati sukar bernafas, gelisah (restless), warna kulit pucat/kebiruan atau tubuhnya terasa sejuk, berikan bantuan kecemasan atau dapatkan bantuan segera daripada klinik kesihatan atau hospital terdekat melalui talian 999. Kejadian ini boleh menyebabkan kematian sekiranya bantuan segera tidak diberikan kepada bayi yang tersedak.

Apabila terdapat objek asing memasuki saluran udara (pernafasan), bayi akan batuk atau tersedak untuk mengeluarkannya. Ibu bapa atau penjaga perlu mengambil langkah keselamatan dengan segera sekiranya perkara tersebut berlaku.

1️⃣ Bantu bayi/ kanak-kanak untuk batuk supaya pulih daripada tersedak

Batuk adalah berkesan untuk mengatasi masalah tersedak. Ini dapat membantu bayi mengeluarkan objek asing yang memasuki saluran pernafasan. Jika bayi tidak dapat batuk atau batuk tidak berkesan, gangguan pernafasan akan berlaku, dan ini boleh menyebabkan bayi mengalami sesak nafas dan ini boleh membahayakan nyawa bayi.

2️⃣ Dapatkan bantuan segera!

Keselamatan bayi perlu sentiasa diutamakan. Ibu bapa/penjaga harus mengambil tindakan segera sekiranya bayi/ kanak-kanak tersedak.

❗️ Jika bayi batuk secara berkesan (kuat), maka tidak ada bantuan dari luar (contohnya daripada jiran) yang diperlukan. Galakkan bayi untuk terus batuk dan pantau secara berterusan.
❗️ Jika bayi batuk tidak berkesan (lemah), jerit untuk dapatkan bantuan dengan segera atau dial nombor 999 sebelum mengambil tindakan-tindakan lain. Kenal pasti tahap kesedaran bayi.
❗️ Jika bayi kerap jeluak atau muntah selepas menyusu, dia mungkin menghadapi masalah kesihatan. Dapatkan nasihat Pakar Pediatrik dengan segera.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI