Ada segelintir ibu berasa bimbang apabila doktor memaklumkan bayi dalam kandungan bersaiz besar. Khuatir berlaku komplikasi semasa proses kelahiran.
Bagi mana-mana ibu yang disahkan mempunyai bayi bersaiz besar, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah jangan panik. Jika ia dikesan awal, pemeriksaan lanjutan perlu dituruti. Antaranya ujian langsung ultrasound berkala setiap dua minggu untuk memastikan saiz bayi.
Dalam masa yang sama, diri pun sentiasa kekal aktif. Libatkanlah diri dengan pelbagai jenis aktiviti riadah yang bersesuaian dengan keadaaan semasa. Paling penting, amalkan pemakanan yang sihat.
Bagaimana bayi besar dari usia kandungan perlu dirawat ?
Rawatan spesifik adalah berasaskan kepada keperluan dan keadaan bayi. Pada asasnya, bayi besar dari usia kandungan perlu
✅ Diperiksa untuk sebarang kecacatan / kecederaan semasa lahir.
✅ Memeriksa kandungan gula dalam darah.
✅ Penyusuan bayi dimulakan awal dan kerap.
Sesetengah bayi mungkin perlu dimasukkan ke wad neonat untuk :
▪️ Rawatan cecair intravena / dextrose (cecair yang diberi ke dalam salur darah)
▪️ Penyusuan bayi (mengikut mulut atau melalui tiub pemakanan)
▪️ Sokongan pernafasan
▪️ Penukaran darah
▪️ Fototerapi
▪️ Fisioterapi
▪️ Pembetulan kalsium dalam darah