MENJAGA bayi dan kanak-kanak memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Apabila si comel sakit, cabarannya semakin hebat dan kadangkala akan membuatkan satu keluarga tertekan.
Tanyalah pada mana-mana ibu bapa, mereka pasti akan ‘bersilat‘ tatkala mahu memujuk anak makan ubat.
Sebenarnya pemilihan teknik pemberian ubat bergantung kepada umur kanak-kanak dan keupayaannya untuk menelan ubat. Iaitu :
1️⃣ Persediaan cecair
i. Kanak-kanak yang baru lahir hingga usia berusia 1 tahun
👉 Cara pemberian :
✅ Mengenal pasti ubat dan cara penyediaan yang betul.
✅ Ampu kepala bayi dan dongakkan kepala bayi pada 45°
✅ Balut bayi anda dengan kain / selimut bayi.
✅ Pakai peralatan yang sesuai untuk pemberian ubatan bagi mengelakkan bayi menutup mulut dan muntah.
✅ Jangan campurkan ubat dalam botol susu atau jus.
2️⃣ Persediaan cecair, ubat kunyah atau ubat yang telah dipecah atau hancurkan
i. Kanak-kanak yang berumur di antara 1 tahun hingga pra-sekolah.
👉 Panduan pemberian
✅ Campurkan ubat dengan puding.
✅ Beri anak minuman kegemaran selepas pengambilan ubat.
✅ Jangan marah atau denda anak anda sekiranya dia mengeluarkan semula ubat tersebut.
✅ Puji dan peluk anak selepas dia makan ubat.
Kanak-kanak berumur 5 tahun dan keatas selalunya boleh menelan ubat.
ii. Kanak-kanak sekolah
👉 Panduan pemberian
✅ Dalam kes tertentu anda mungkin perlu menghancurkan dan mencampurkan ubat biji dengan ais krim atau puding.
✅Jangan benarkan anak anda mengambil ubat tanpa pengawasan ibubapa