
Bayi yang mengalami kembung perut biasanya akan menangis lebih lama dan sukar ditenangkan 👶. Ada juga bayi yang akan melengkungkan badan atau menarik kaki ke arah perut sebagai tanda tidak selesa.
Keadaan ini boleh berlaku kerana angin dalam perut, cara penyusuan, atau sistem penghadaman bayi yang masih belum matang sepenuhnya.
𝐀𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐢𝐛𝐮 𝐛𝐚𝐩𝐚 𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧
- Pastikan teknik penyusuan betul
- Sendawakan bayi selepas menyusu
- Pegang bayi dalam posisi tegak beberapa minit 🤱
- Urut perut bayi secara perlahan
Walaupun kembung adalah perkara biasa, ibu bapa perlu lebih peka jika bayi menangis terlalu lama, kurang menyusu, atau muntah dengan kerap
Mak ayah digalakkan membawa bayi ke klinik berhampiran supaya keadaan bayi dapat diperiksa dengan lebih teliti 🩺❤️.





