WANITA HARUS PEKA 6 TANDA KANSER SERVIKS

Kanser serviks adalah kanser ketiga paling tinggi dihidapi wanita di negara ini membabitkan 12 peratus daripada semua kanser yang dihidapi wanita selepas kanser payudara dan usus besar.

Ianya adalah sejenis kanser yang berkembang pada serviks wanita dan lazimnya tidak mempunyai gejala pada peringkat awal.

Kebanyakan wanita tidak mempunyai sebarang tanda atau gejala pada peringkat awal barah pangkal rahim. Gejala barah selalunya tidak dirasai oleh pesakit sehinggalah barah telah merebak ke tisu dan organ lain.

Terdapat dua jenis utama barah pangkal rahim iaitu :

1️⃣ Squamous cell carcinoma
Squamous cell carcinoma adalah barah pangkal rahim sering berlaku. Ianya bermula dari dalam sel skuamus atau kulit seperti sel di pangkal rahim.

2️⃣ Adenocarcinoma
Adenocarcinoma adalah jenis barah pangkal rahim yang jarang berlaku; ia bermula dari dalam sel glandular. Selain itu, barah pangkal rahim boleh dibahagikan kepada microinvasive atau invasive.

Berikut kemungkinan tanda atau gejala cervical dysplasia atau barah:

✅ Tompokan darah atau sedikit pendarahan antara tempoh kering haid atau selepas haid
✅ Pendarahan haid berpanjangan dan banyak daripada biasa
✅ Pendarahan selepas putus haid
✅ Sakit semasa hubungan seksual
✅ Penambahan lelehan dari faraj

Jika anda mengalami gejala ini, sila berjumpa doktor dengan segera.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI