TIPS UNTUK MENDAPATKAN HASIL YANG TEPAT KETIKA SCAN JANTINA BAYI

Bila dah pregnant ni, salah satu benda yang paling seronok dan tak sabar, mestilah nak tahu baby girl ke boy sebab senang nak beli keperluan baby kan?

Untuk pengetahuan anda, jantina anak telah ditentukan secara genetiknya semasa proses persenyawaan.

Memasuki usia 13 minggu, bayi akan berada dalam kedudukan mengerekot dan seolah-olah aksi akrobatik. Ini sekaligus menjadi tanda tanya kepada ibu ayah sama ada lelaki ke perempuan memandangkan sukar untuk melihat bahagian kemaluannya.

Bagi memudahkan anda mengetahui jantina bayi dalam kandungan semasa melakukan imbasan, lakukan beberapa petua ini:

▪️ Selalu memakai pakaian yang longgar dan selesa
▪️ Memastikan usia kandungan bersesuaian dengan pakej yang ingin diambil
▪️ Amalkan minum air kosong dengan kuantiti banyak
▪️ Tingkatkan pengambilan gula 1 hingga 2 jam sebelum temu janji
▪️ Fahami waktu terjaga dan tidur bayi

Justeru dalam mengetahui jantina bayi, ibu boleh melakukan imbasan seawal minggu ke-15 kehamilan. Namun ia kebiasaannya menjadi sukar dikesan dan amat ketara jika bayi masih kecil. Jadi minggu yang kami cadangkan adalah ke-20 dan ke atas.

Oleh hal demikian usahlah terlalu mengharapkan untuk memperoleh cahaya mata mengikut jantina yang anda inginkan. Tidak kisahlah sama ada lelaki ataupun perempuan, asalkan ia dapat dilahirkan dengan mudah dan sihat.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI