
Mual dan muntah (morning sickness) adalah gejala biasa dalam trimester pertama kehamilan. Walaupun ia tidak berbahaya, ia boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada ibu hamil.
Berikut adalah beberapa cara untuk mengurangkan rasa mual dan mabuk kehamilan:
▪️ Makan Kerap dalam Kuantiti Kecil
Jangan biarkan perut kosong, makan setiap 2-3 jam.
▪️ Pilih Makanan Ringan
Elakkan makanan pedas atau berminyak, cuba biskut tawar atau roti bakar.
▪️ Minum Air Secukupnya
Minum sedikit tetapi kerap untuk elak dehidrasi.
▪️ Elakkan Bau yang Menyebabkan Loya
Pastikan udara segar di sekitar anda.
▪️ Cuba Halia
Teh halia atau gula-gula halia boleh membantu.
▪️ Rehat Secukupnya
Keletihan boleh memburukkan mual.
▪️ Gunakan Teknik Relaksasi
Teknik pernafasan dalam, aromaterapi dengan bau yang menyegarkan seperti lemon, atau urutan ringan boleh membantu mengurangkan rasa loya.
▪️ Ambil Vitamin Kehamilan pada Waktu Malam
Jika vitamin pranatal menyebabkan rasa mual, cuba ambilnya sebelum tidur atau selepas makan.
▪️ Rujuk Doktor Jika Mual Terlalu Teruk
Jika anda mengalami muntah berlebihan, dehidrasi, atau hilang berat badan, segera berjumpa doktor kerana ia boleh menjadi tanda hiperemesis gravidarum, keadaan serius yang memerlukan rawatan perubatan.