Preeklampsia adalah keadaan yang dicirikan oleh peningkatan tekanan darah tinggi dan kadangkala diikuti dengan protein dalam air kencing.
Ia biasanya berlaku selepas 20 minggu kehamilan dan boleh menjejaskan organ-organ penting seperti hati, ginjal, dan otak. Jika tidak dikawal, preeklampsia boleh menyebabkan masalah serius seperti kejang (eklampsia) atau kegagalan organ.
1️⃣ Risiko:
▪️Kegagalan organ
▪️Kelahiran pramatang
▪️Pertumbuhan bayi yang terbantut
▪️Pendarahan yang serius semasa bersalin
2️⃣ Tanda-tanda:
▪️Sakit kepala yang teruk
▪️Penglihatan kabur atau bintik-bintik di mata
▪️Pembengkakan kaki, tangan, dan muka yang tidak biasa
▪️Sakit perut pada bahagian atas
3️⃣ Pencegahan dan Pengurusan:
▪️Pemeriksaan tekanan darah secara berkala sepanjang kehamilan.
▪️Menjaga pemakanan yang seimbang dan berat badan yang sihat.
▪️Melakukan senaman ringan untuk meningkatkan peredaran darah.
▪️Jika keadaan semakin serius, rawatan perubatan seperti pengambilan ubat atau kelahiran pramatang mungkin diperlukan.
Preeklampsia biasanya berlaku pada kehamilan pertama, namun ia juga boleh berlaku pada kehamilan kedua atau lebih, terutamanya jika terdapat faktor risiko tertentu.