TANDA BAYI TUMBUH GIGI YANG IBU AYAH PERLU TAHU

Pertumbuhan gigi ialah proses gigi tumbuh di dalam mulut bayi/ kanak-kanak. Biasanya pertumbuhan gigi ini akan menyebabkan rasa tidak selesa dan sakit.

Kebanyakan bayi yang mula tumbu gigi pertamanya akan mengalami perubahan tingkah laku atau mungkin lebih kerap meragam. Bagi ibu ayah yang baru, adalah pening untuk anda menegtahui beberapa tanda bayi tumbuh gigi dan cara menghadapinya.

Dalam proses pertumbuhan gigi, anak anda mungkin :

🛑 Menangis kerana tidak selesa
🛑 Suka menggigit atau mengunyah
🛑 Melelehkan air liur
🛑 Demam (suhu badan meningkat sedikit)

Cuba petua di bawah untuk melegakan rasa tidak selesa anak anda :

👉 Berikan benda yang keras, bersih dan selamat untuk digigit seperti gegelang gigitan.
👉 Berikan ubat penahan sakit jika perlu.

Sapu sedikit gel penahan sakit pada gusi yang berkaitan kerana anak kecil tidak pandai meludah dan mungkin tertelan gel yang berlebihan.

Pertumbuhan gigi tidak akan menyebabkan gangguan kesihatan yang teruk seperti demam panas dan cirit birit. Sekiranya ini berlaku, anak perlu dibawa ke klinik/ hospital dengan segera.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI