ibudananak

  • MENGAPA WANITA HAMIL HARUS MENGUTAMAKAN PENJAGAAN PRANATAL DALAM KEHAMILAN

    MENGAPA WANITA HAMIL HARUS MENGUTAMAKAN PENJAGAAN PRANATAL DALAM KEHAMILAN

    Perjalanan selaku seorang ibu dipenuhi dengan detik yang menggembirakan dan melelahkan. Salah satu aspek yang paling penting dalam perjalanan ini adalah penjagaan pranatal. Dalam perjalanan kehamilan yang transformatif, penjagaan pranatal menjadi satu panduan yang dapat membimbing ibu hamil untuk melahirkan anak yang selamat dan sihat. Ini adalah beberapa sebab mengapa wanita hamil harus mengutamakan penjagaan…

  • APAKAH ITU PENJAGAAN PRANATAL ?

    APAKAH ITU PENJAGAAN PRANATAL ?

    Tempoh kehamilan adalah perjalanan yang luar biasa dan bermakna bagi ibu-ibu yang bakal melahirkan. Ia adalah masa kegembiraan, penuh harapan, dan tanggungjawab yang mendalam terhadap pembentukan kehidupan baru. Penjagaan pranatal amat penting kerana kehamilan yang sihat dapat menggalakkan kelahiran yang sihat. Perjalanan kehamilan akan lebih mudah apabila nasihat perubatan untuk bakal ibu telah disediakan. Dengan…

  • ADAKAH BAYI PRAMATANG MEMERLUKAN PENJAGAAN KHAS ?

    ADAKAH BAYI PRAMATANG MEMERLUKAN PENJAGAAN KHAS ?

    Keperluan penjagaan bergantung kepada keadaan dan tahap keseriusan pramatang seseorang bayi. Penjagaan am adalah diperlukan untuk semua bayi pramatang : 1️⃣ Pengawalan suhu badan – Perlu dirawat di dalam inkubator atau di bawah pemanas radian2️⃣ Pemantauan tahap gula dalam badan – Untuk mengesan dan merawat tahap gula sama ada tinggi atau rendah.3️⃣ Pembekalan nutrisi –…

  • PATUTKAH KITA RISAU JIKA BAYI DILAHIRKAN PRAMATANG ?

    PATUTKAH KITA RISAU JIKA BAYI DILAHIRKAN PRAMATANG ?

    Tarikh kandungan seseorang dikira dari hari pertama haid terakhir ibu tersebut. Kandungan yang mencapai 37 hingga 42 minggu dikira matang, manakala bayi yang dilahir sebelum 37 minggu ia dianggap kelahiran pramatang. Di Malaysia, prevalence (kelaziman) kelahiran pramatang adalah 10% (statistik 1998). Bukan semua ibu yang mengalami sakit bersalin kurang dari 37 minggu itu akan bersalin…

  • SIMPTOM BAYI PRAMATANG YANG ANDA PERLU TAHU

    SIMPTOM BAYI PRAMATANG YANG ANDA PERLU TAHU

    Kelahiran pramatang diklasifikasikan sebagai kelahiran yang berlaku 3 minggu sebelum tarikh jangkaan kelahiran bayi, (EDD). Bayi lahir tidak cukup bulan, khususnya yang dilahirkan sangat awal sering mengalami masalah perubatan rumit. Komplikasi bagi kelahiran tidak cukup bulan ini adalah berbeza. Si manja mungkin mempunyai gejala kelahiran bayi pramatang ringan atau simptom yang sangat jelas, iaitu: ▪️…

  • APA PUNCA KELAHIRAN BAYI PRAMATANG ?

    APA PUNCA KELAHIRAN BAYI PRAMATANG ?

    Sering kali penyebab khusus bayi lahir tidak cukup bulan adalah tidak jelas, akan tetapi lebih kurang 20% darinya adalah disebabkan oleh doktor yang terpaksa mengeluarkan (melahirkan) bayi itu awal dari waktunya (induksi). Ini selalu terjadi jika ibu mengalami penyakit-penyakit yang hanya akan sembuh dengan bayi itu dilahirkan (seperti darah tinggi, kencing manis dan bayi yang…

  • BILA BOLEH BUKA BUKU PINK ?

    BILA BOLEH BUKA BUKU PINK ?

    Biasanya buku pink ini boleh dibuka sebaik sahaja ibu yakin bahawa dirinya hamil sehingga sebelum berakhirnya trimester pertama. Jika anda terlewat untuk membuat buku pink, anda akan dilabel sebagai ‘late booking’. Bagaimana untuk yakin bahawa diri mengandung? Sudah tentulah dengan melakukan ujian menggunakan kit kehamilan di rumah. Anda perlu mengenal pasti Klinik Kerajaan atau Klinik…

  • APA ITU BUKU PINK ?

    APA ITU BUKU PINK ?

    Rekod kesihatan ibu di Malaysia bermula dengan kad klinik, yang mempunyai maklumat penjagaan kesihatan ibu yang agak terhad. Tahun demi tahun, penambahbaikan dijalankan selaras dengan keperluan maklumat kesihatan, di mana pada hari ini, penggunaan buku pink ini menjadi satu platform lengkap maklumat kesihatan ibu dan bayi. Secara amnya, buku rekod ini mengandungi maklumat mengenai perihal…

  • KLINIK KESIHATAN IBU DAN ANAK

    KLINIK KESIHATAN IBU DAN ANAK

    Klinik Ibu Dan Anak menawarkan perkhidmatan kesihatan khusus bagi golongan ibu dan anak, seawal bayi di dalam kandungan. Sasaran utama adalah bagi golongan ibu hamil dan kanak-kanak yang beumur 6 tahun ke bawah. Fokus perkhidmatan klinik ini adalah kepada :▪️Penjagaan kesihatan pra-kehamilan▪️Penjagaan antenatal▪️Penjagaan intrapartum dan kelahiran▪️Penjagaan postnatal▪️Perancangan keluarga dan perkembangan kesihatan kanak-kanak Klinik ibu dan…

  • 5 TIP SCAN BAYI

    5 TIP SCAN BAYI

    Berikut beberapa perkara yang disarankan untuk ibu mengandung lakukan sebelum menjalani prosedur imbasan ultrabunyi bagi membantu mendapatkan gambar terbaik: 1️⃣ Waktu sesuai▪️Biasanya jantina bayi dapat ditentukan secara tepat selepas 16 minggu tempoh kehamilan▪️Pada minggu ke 24 hingga 26, anda mungkin boleh melihat ciri wajah bayi dengan lebih jelas▪️Sekiranya anda hanya mahu melakukan 1 imbasan, tempoh…