Kecederaan kegigian susu boleh mengakibatkan kecederaan kepada struktur gigi kekal yang sedang berkembang berdekatan dengan akar gigi susu.
Oleh yang demikian, ibu bapa perlu mendapatkan nasihat doktor gigi jika kanak – kanak mengalami kecederaan kegigian dan jika ada kelewatan dalam perkembangan gigi kekal.
▪️ Gigi yang Longgar atau Tergerak (Subluksasi dan Luksasi)
👉 Rawatan yang diberi berdasarkan kepada kecederaan tersebut.
👉 Jika gigi susu terlalu goyang, ia perlu dicabut.
👉 Jika tergerak sedikit, tetapi tidak menganggu fungsi, ia boleh diperhatikan dahulu dan dicabut hanya jika mempunyai gejala.
▪️ Avulsi
👉 Gigi susu yang teravuls (tercabut keluar dari soketnya) tidak perlu diletakkan semula ke dalam soket.
👉 Gigi yang tercabut keluar perlu dicari.
👉 Jikalau gigi tercabut itu tidak dijumpai, kanak-kanak tersebut akan perlu diperiksa untuk memastikan jika ada kemungkinan gigi itu tertelan atau termasuk ke dalam saluran pernafasan
▪️ Gigi patah
👉 Rawatan yang diberi berdasarkan bahagian mana gigi tersebut yang patah.
👉 Jika ianya melibatkan bahagian pulpa (saraf) gigi, cabutan mungkin lebih sesuai.
👉 Sekiranya kanak-kanak tersebut boleh memberi kerjasama, maka rawatan akar pada gigi susu tersebut boleh juga dijalankan.
👉 Doktor gigi anda dapat memberi nasihat selepas pemeriksaan jikalau gigi tersebut boleh ditampal.