Secara umumnya, tempoh kehamilan dibahagikan kepada 3 trimester. Setiap satunya mempunyai titik perubahan tersendiri sama ada melibatkan tubuh, emosi atau tahap kesihatan.
Jangan hanya fokus kepada perubahan perut saat hamil 1 minggu sahaja, ia perlu konsisten sampai ke hujung!
1️⃣ Tubuh
👉 Tubuh akan mengalami beberapa perubahan besar sebagai persediaan untuk membesarkan satu kehidupan baharu.
👉 Perubahan tersebut akan menyebabkan pelbagai simptom seperti mual, keletihan, payudara sensitif dan kerap kencing.
👉 Ia adalah gejala kehamilan biasa, namun setiap wanita hamil akan mengalami pengalaman berbeza.
👉 Ada wanita mungkin berasa lebih bertenaga dalam fasa ini dan sesetengah yang lain mengalami keletihan dan sangat beremosi.
2️⃣ Emosi
👉 Tahap estrogen dan progesteron lebih tinggi semasa trimester pertama menjadi punca kepada perubahan emosi seperti roller coaster.
👉 Keletihan yang teruk atau mabuk pagi boleh mengganggu perjalanan hari anda. Mood swings seperti sindrom pramentruasi adalah perkara biasa untuk terjadi.
Bagi ibu hamil, gejala awal kehamilan boleh mendatangkan ketidakselesaan. Namun ia boleh diatasi dengan pengambilan makanan yang sihat dan berkhasiat serta senaman teratur.
Anda disarankan untuk meneruskan aktiviti fizikal harian selagi berasa selesa dan larat melakukannya. Semakin aktif semasa berbadan dua, ia akan memudahkan anda untuk menyesuaikan diri terhadap perubahan tubuh yang berlaku.