Perubahan Badan Yang Di Alami Oleh Ibu Hamil

Apabila kandungan anda semakin membesar, anda akan mengalami perubahan fizikal, termasuk sakit belakang, pertambahan berat badan dan pembendungan cecair.

Walaupun tidak selesa mengalaminya, simptom seperti ini adalah normal dan selalunya akan hilang apabila tarikh bersalin semakin hampir atau selepas melahirkan.

Antara perubahan yang ibu hamil akan alami adalah :

▪️ Pertambahan Berat Badan
Cuba sematkan dalam minda bahawa berat badan tambahan itu penting untuk kandungan yang sihat dan ia akan hilang selepas bayi anda dilahirkan kelak.

▪️ Sakit Belakang
Jika anda mengalami sakit belakang yang disebabkan oleh kehamilan, cuba kaedah berikut untuk mengurangkan ketidakselesaan dan mendapat tidur malam yang baik :
✅ Regangan atau yoga yang mudah
✅ Manjakan diri dengan urutan dan berehat
✅ Cuba tidur mengiring dan letakkan bantal di antara kedua belah lutut

▪️ Pergelangan Kaki dan Tapak Kaki Bengkak
Oleh sebab badan anda membendung lebih banyak cecair semasa hamil, anda mungkin mengalami bengkak di kaki, pergelangan kaki dan/atau tapak kaki (edema), terutamanya semasa trimester ketiga.

▪️ Gatal-gatal pada Kulit
Untuk mengurangkan rasa tidak selesa, elakkan mandi dengan air panas, gunakan sabun yang lembut dan lembapkan kulit dengan losyen yang tidak mengandungi wangian.

▪️ Kesan Regangan
Memandangkan kesan regangan muncul di kawasan di mana kulit meregang dengan mendadak disebabkan oleh pertambahan berat badan, anda boleh mengurangkan risiko mendapat kesan regangan dengan mengawal pertambahan berat badan anda.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI