PERLUKAH DIET KHUSUS SEMASA BERPANTANG ?

โ€ข

Sebenarnya, tiada diet atau makanan yang khusus semasa ibu berpantang.

Lazimnya, pengambilan makanan ibu semasa berpantang banyak dipengaruhi oleh kepercayaan pantang-larang yang diamalkan oleh masyarakat wanita tersebut.

Tiada halangan jika ibu ingin mengamalkan pantang-larang dalam pemakanan tetapi kunci utamanya adalah diet yang seimbang dan makan secara sihat.

Semasa berpantang, ada sesetengah makanan yang dilarang diambil oleh ibu yang baru bersalin. Namun, makanan tersebut perlulah diganti dengan makanan lain daripada kumpulan makanan yang sama bagi memastikan zat makanan tersebut dapat diperoleh.

๐Œ๐š๐ค๐š๐ง๐š๐ง ๐ค๐ก๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐๐ข๐ฉ๐ž๐ซ๐œ๐š๐ฒ๐š๐ข ๐ฆ๐ž๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐ข๐ก๐ค๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐ข๐›๐ฎ ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐ฉ๐š๐ง๐ญ๐š๐ง๐ 

Terdapat makanan khusus mengikut kepercayaan budaya sesuatu masyarakat yang mengaitkan makanan dengan kesihatan ibu dalam pantang.

1๏ธโƒฃ Contoh penggunaan HALIA sebagai ramuan di dalam masakan merupakan amalan tradisi ibu berpantang dalam kebanyakan masyarakat. Halia dikatakan sebagai โ€™panasโ€˜ atau makanan yang memanaskan badan dan dipercayai boleh melancarkan pengaliran darah. Begitu juga dengan akar-kayu, minuman herba dan lain-lain lagi.

2๏ธโƒฃ Bagi masyarakat Cina, arak (wine) akan dicampurkan ke dalam makanan ibu lepas bersalin kerana dikatakan boleh memanaskan badan.

3๏ธโƒฃ Pengambilan ikan haruan sebagai diet ibu lepas bersalin juga agak popular dalam kebanyakan kaum sama ada Melayu, Cina atu India. Ikan haruan dipercayai mempunyai kemampuan untuk memulihkan luka-luka akibat bersalin.

4๏ธโƒฃ Pengambilan jamu juga banyak diamalkan oleh ibu lepas bersalin untuk memulihkan kesihatan dan mengembalikan kesegaran badan selepas bersalin.

Ibu dalam pantang dinasihatkan agar tidak mengamalkan pantang-larang pemakanan yang keterlaluan sehingga mengehadkan jumlah pengambilan makanan dan air atau tidak mengambil sumber makanan daripada kumpulan makanan yang tertentu.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI