PEKA KESIHATAN ANAK..BATUK KOKOL BOLEH MENYEBABKAN KEMATIAN

Dalam proses membesarkan si manja, ibu ayah pastinya akan berdepan dengan pelbagai cabaran termasuklah gangguan kesihatan seperti masalah batu kokol. Tiada siapa yang sanggup melihat anak kecil lemah menanggung kesakitan berpanjangan akibat penyakit berjangkit ini.

Biarpun ia adalah kes terpencil, tidak dinafikan bahawa ia boleh kembali merebak disebabkan oleh sikap sesetengah golongan antivaksin menolak program imunisasi untuk kanak-kanak.

Pertussis atau batuk kokol (whooping cough) adalah jangkitan bakteria akut melibatkan saluran pernafasan. Jangkitan Pertussis melibatkan sekurang-kurangnya 20 juta kes di seluruh dunia. Anggaran 90% daripada kes tersebut berlaku di negara membangun dengan 200,000 hingga 300,000 kematian setiap tahun.

Agen penyebab : Bordetella pertussis.
Cara jangkitan : Melalui udara daripada pernafasan orang yang dijangkiti.
Tempoh pengeraman : Lazimnya antara 9 hingga 10 hari dengan julat antara 6 hingga 20 hari.

Pertussis boleh menjangkiti semua orang tanpa mengira usia. Namun, bayi merupakan golongan yang paling berisiko tinggi untuk dijangkiti.

Seseorang yang dijangkiti bakteria Pertussis boleh menularkan jangkitan kepada orang lain dalam tempoh dua minggu pertama gejala batuk bermula.

Antara komplikasi disebabnya batuk kokol adalah :

1️⃣ Pneumonia (radang paru-paru), encephalopathy (radang otak) dan kematian boleh berlaku.
2️⃣ Kekurangan zat, hilang berat badan merupakan komplikasi akibat muntah yang berulang.
3️⃣ Sawan juga boleh berlaku akibat kekurangan bekalan oksigen ke otak berikutan batuk yang berterusan tanpa sempat bernafas.

Seseorang yang mengalami gejala perlu mendapatkan rawatan. Rawatan khusus termasuk antibiotik seperti Erythromycin, Clarithromycin atau Azithromycin untuk memendekkan tempoh jangkitan.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI