PANDUAN MAKAN SECARA SIHAT

•

“Takut la makan malam nanti gemuk” 😅

Demi mendapatkan berat dan bentuk tubuh ideal, ramai individu mengelakkan makan pada waktu malam kerana meyakini tindakan itu mendorong pertambahan berat badan.

Seperti pengambilan sarapan dan makan tengah hari, makan malam juga penting dalam membekalkan tenaga dan nutrisi diperlukan tubuh.

Isu pertambahan berat badan bukan sekadar berpunca daripada tabiat makan malam, sebaliknya amalan diet tidak seimbang seperti makan secara berlebihan, makanan berlemak, berminyak dan tinggi kalori diiringi gaya hidup tidak sihat.

Jom ikut panduan makan malam yang sihat :

✅ Utamakan makanan yang seimbang pada setiap waktu makan malam
✅ Hadkan pengambilan makanan yang bergoreng, berlemak dan berminyak.
✅ Ketahuilah saiz hidangan makanan anda. Makan malam sepatutnya membekalkan anda 400-500 kalori.
✅ Waktu makan malam yang sesuai adalah di antara 6.30 petang hingga 8.30 malam.
✅ Tidak digalakkan mengambil makanan pada lewat malam.
✅ Elak makan malam sambil menonton televisyen
✅ Elak mengambil teh atau kopi selepas makan malam. Pengambilan teh atau kopi boleh mengakibatkan gangguan tidur.
✅ Sekiranya anda perlu menghadiri jamuan makan malam, anda tidak perlu makan semua jenis makanan yang dihidangkan. Makan secara sederhana dengan mengambil saiz hidangan yang kecil

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI