Anda mungkin biasa mendengar bahawa merokok boleh menyebabkan kanser paru-paru dan juga termasuk kanser mulut, tekak, hati, buah pinggang peankreas, kolon dan lain-lain. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan masalah kesihatan pembiakan seseorang.
Bagaimanapun, merokok bukan sahaja boleh memendekkan jangka hayat, tetapi ia juga boleh mempercepatkan penuaan yang mengakibatkan perubahan kulit, rambut dan gigi yang tidak dapat dipulihkan.
Hasil kajian menunjukkan bahawa merokok mengurangkan sistem pertahanan badan dan mendedahkan struktur pergigian kepada jangkitan.
Malah, perokok dikatakan dua kali ganda lebih cenderung untuk mendapat penyakit gusi daripada bukan perokok. Oleh itu, jika anda mengambil berat tentang kesihatan anda , senarai di bawah mungkin boleh membantu anda mencari makna untuk berhenti merokok.
1️⃣ Merokok menggalakan plak dan karang gigi untuk membentuk dan dengan ini lebih sukar mengawal kerosakan gigi.
2️⃣ Merokok mendedahkan risiko jangkitan akar gigi kerana perokok sering mengalami penyakit gusi yang lebih teruk .
3️⃣ Merokok mengurangkan daya ketahanan badan untuk melawan jangkitan termasuk di dalam mulut dan gusi.
4️⃣ Merokok menyebabkan nafas berbau, suatu keadaan yang boleh memalukan di dalam pergaulan.
5️⃣ Merokok melambatkan keupayaan badan untuk pemulihan daripada kecederaan atau pembedahan.
6️⃣ Merokok mengurangkan keberkesanan rawatan penyakit gusi. Jika berulang ulang dan tidak terkawal, akhirnya gigi akan menjadi longgar dan terpaksa dicabut.
7️⃣ Merokok menyebabkan gigi berkarat.
8️⃣Merokok boleh menyebabkan keradangan pada kelenjar air liur di dalam mulut disebabkan oleh haba yang dikeluarkan semasa merokok.
9️⃣ Merokok (penggunaan tembakau) meningkatkan risiko kanser mulut.
🔟 Merokok adalah risiko utama untuk mendapat penyakit gusi. Lazimnya, lebih banyak merokok, lebih teruk kesannya terhadap gusi anda.